Monday, June 17, 2013

berikan sebuah sinar.

masa : 0100
hari   : Selasa / Jun 2013,18hb

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Permulaan yang sangat menarik untuk kembali menulis dalam bahasa. Bukan malu ataupun tidak suka, tetapi inilah yang masih terjadi, aku sendiri masih tidak pasti adakah bahasa melayu ataupun bahasa malaysia yang sesuai digunakan untuk bahasa rasmi ini. Mungkin tidak keterlaluan untuk kembali ke alam persekolahan dan bertanyakan semula soalan ini kepada guru-guru yang pernah mengajar dahulu. Tetapi, tidak tahu pula kepada siapa hendak bertanya. Terlalu banyak berfikiran negatif bila mengingatkan kembali zaman sekolah. Hanya bersandarkan kepada minat muzik rock-keras, dipangkah habis-habisan kononnya pembawa budaya negatif.haha.manusia-manusia. Rasuah? Tidak negatif? Haha. Pedulikan semua itu!

Mungkin jawapan ini boleh aku pendekkan bila mana melihat keputusan sijil pelajaran malaysia yang jelas ditulis mata pelajaran bahasa malaysia - keputusan a2. a2? Puihh!! Kata melayu,tapi bahasa pun tak boleh score? Haha. Kawan.. Bahasa malaysia bukan hanya bertutur dengan rakan-rakan se-melayu dan terus duduk periksa je,tapi merangkumi semua aspek dari segi penulisan, pemahaman, tatabahasa dan tidak lupa juga sastera. Sastera? Aku kan buat sains masa tingkatan 4? buat apa nak belajar sastera? Hmm.. Kalau macam tu buat apa belajar tatabahasa kalau tak tau nk berbahasa? Ceh.. Kita kan sekolah ikut buku. Apa orang ajar kita ikut je la. Kurangkan bertanya. Nanti kena tangkap polis.

Oleh yang demikian, terimalah bahasa malaysia yang tidak seberapa pandai dari aku ni untuk meneruskan tulisan ini ya! Haha.

Kehidupan adalah suatu yang subjektif untuk dibincangkan. Subjektif ialah perkataan bahasa inggeris yang ditukarkan menjadi bahasa malaysia pada waktu ini. Jawapan kepada subjektif itu sendiri ialah pelbagai. Jadi, jelas yang kita mempunyai pelbagai pilihan untuk melangsungkan kehidupan kita. Senang je nak faham, kalau soalan periksa subjektif, mesti ada banyak pilihan jawapan untuk dipilih. Yang otak terbuka sikit, ataupun yang agak cerdik dan pandai selalunya akan memilih jawapan A, B atau C untuk soalan itu. Dan selalunya untuk yang kurang pandai atau yang paling menakutkan tidak pasti apa jawapan untuk soalan itu, mereka selalulanya akan memilih jawapan D atau semua yang di atas untuk soalan itu. Inilah yang sangat membimbangkan dalam mana keadaan kita untuk bertukar kepada sebuah generasi yang semakin maju, memilih jawapan semua di atas kerana kita tidak pasti dengan pilihan kita!

Kerana tidak pasti itu akan menjadi ikutan, dan dari ikutan itu akan menjadi budaya, bila menjadi budaya ia tidak boleh lagi dibendung dengan semudah yang disangka. Aku sendiri sangat berminat untuk mengambil sedikit lirik lagu dari marjinal, yang bodoh itu dibudayakan. Marjinal ialah sebuah kumpulan muzik rock dari tanah jawa, dan sangat terkenal dengan lirik2 keras mengutuk pemerintahan mereka dengan sangat kental. Baru beberapa hari menghabiskan jelajah borneo dan malaysia dengan jayanya. 

Ok. Kembali kepada budaya. 

Untuk mendapatkan sebuah budaya yang positif,perkara-perkara positif harus disemai dari awal lagi. Positif juga merupakan perkataan bahasa inggeris yang telah ditukar menjadi bahasa malaysia pada masa kini. 

Bila mana kita dapat menyemai nilai-nilai yang baik dari awal lagi, kita tidak akan terperangkap dalam kehidupan kita sendiri. Terlalu banyak pilihan untuk kita berjaya. Berjaya itu sendiri bukanlah hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan. Jika kita sendiri tidak mampu untuk mentafsirkan apa itu berjaya,maka jelaslah yang kita tidak mampu untuk menyemai dan menerapkan budaya generasi maju untuk terus melangkah kehadapan. 

Ambil contoh aku sendiri yang membesar di kawasan kampung, walaupun tidak punya pengalaman luas, tapi aku dapat lihat sendiri bagaimana bangsa cina menukar secara menyeluruh sistem membeli dan menjual di sini. Kalau dahulu umur 10 ke 12 tahun, terlihat jelas bangsa cina menagih simpati untuk membeli buah-buahan tempatan rambutan durian dan sebagainya dari penduduk kampung melayu, tetapi sekarang,tidak sampai 20tahun pun, bangsa melayu aku sendiri yang menagih simpati pergi ke kedai2 bangsa cina untuk membeli sebiji buah durian mahupun 2-3kilo rambutan bila tiba musim buah. Kerana apa? Bangsa aku melayu tidak punya tanah? Tidak punya dusun buah? Adakah aku perkauman(Racist) bila bercerita mengenai ini? Bukan. Ini bukanlah satu penulisan perkauman. Tetapi lebih kepada memahami budaya bangsa cina yang tidak putus asa dan tidak malu untuk berusaha dan berniaga, jika dibandingkan dengan bangsa aku melayu yang mahu cepat untung dan malas berusaha untuk berjaya!

Ini semua budaya yang tidak sihat. Budaya yang bodoh. Dan harus dihentikan.

Dan kerana itulah kita perlukan satu budaya yang betul-betul kuat untuk kita terus melangsungkan kehidupan. Budaya yang harus disemai daripada sikap kita sendiri. Bukan untuk meniru dan memilih jalan pintas. Itu tidak betul.

Berfikir dan bertindak haruslah matang. Sinar akan muncul akhirnya.

Lepas ni lah baru sambung balik journey part 2 ok!haha.

Owh ya, kepada rakan-rakan yang melangsungkan perkahwinan hampir setiap minggu di sepanjang suku pertama tahun 2013 ini, aku ucapkan tahniah dan selamat berbahagia sehingga ke akhir hayat hendaknya. Kepada mereka-mereka yang aku tidak dapat hadir ke majlis, mintak maaf la sangat2. Bukan hati tak nak pergi, tapi langsung tak dapat nak urus masa kosong. Jadi, boleh la claim balik hadiah kalau yang tak puas hati tu ya?haha.

Kalau tiada apa yang mengganggu, mungkin aku sendiri akan mengadakan majlis perkahwinan pada awal november ini, atau lebih tepat lagi pada 02/11/13 ini. Jadi sudi-sudikan lah kepada mereka yang lapang pada waktu itu ya! 











2 comments:

  1. wah2 rajin betul menulis tp yg pnting aku dpt beli t~shirt marjinal ha3

    ReplyDelete
  2. haha.marjinal memang betul punk not dead la.

    ReplyDelete