Wednesday, July 24, 2013

this is punk rock!

masa : 0100
hari   : khamis / julai 2013,25hb

Hello there!

English medium? bahasa? Haha. campur-campur lah! This is punk rock kn!

The rolling stone megazine plus a CD's from seasick pirates is the best mixture to write this punk rock post!

I believe most of the rockstar in this country do not have this seasick pirates original CD's.haha.i don't care.

I'm always thinking that am i a true punk rock? This is a question maybe. But, on other hand i think this is more to thinking value rather than a true ideology. why? I will write below, a few maybe - direct from my idea - through to this country perception.

Kenapa perlu punk rock? 

Very simple. Each of us was born with an attitude to be curious. Mustahil untuk hidup tanpa ada sifat ingin tahu. Tetapi malangnya, kita disekat untuk menjadi lebih ingin tahu. Mengapa? Kerana mereka risau. Risau kerana apa? Kerana takut anak bangsa melayu menjadi lebih intelligent dari mereka. Aku sendiri tidak pernah memilih untuk menjadi punk rock glamour di telivisyen, kerana itu tidak pasti. Dan itu semua hanyalah sementara. Aku memilih untuk intelligent. Kerana itu kekal. Dan kita sudah diberikan pilihan untuk memilih yang sementara ataupun yang kekal. Dengan nama yang pastinya berbangsa melayu dan beragama islam, yang kekal itu pastinya ingin dikejar dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Tetapi aku selalu dihalang.

Prevented by the stupid person who was believe rules & regulation must be observed a day by a day, by a month, by a year & ever. Then, where you placed your brain intelligent? 

Bagi sahaja contoh mudah di waktu ini. Mengapa perlu ada tentangan untuk TITAS dijadikan matapelajaran wajib di IPTS? kerana takut cina & india masuk islam? Heheh. This is stupid. Untuk menjadi seorang yang hormat kepada bangsa & agama lain, kita perlu faham asal usul budaya orang lain. Sudahlah bangsa sendiri pun tidak tahu mana asal usul, dibodohkan lagi dengan tidak mahu mengkaji bangsa lain. Bukan menidakkan Tun Sri Lanang, tetapi adakah salah untuk belajar tamadun asia & dunia? Mahupun karya stephan hawking? Jika anda katakan sains itu tidak penting, itu hanyalah ilustrasi dari seorang yang buta kepada idea.

I personally learned in the science stream from high school, directly through to the university, with very heavy mathematics & structural engineering, until I'm graduate & become an engineer. For what all of this? To learn. To generate my brain. Do not static with this country perception who always believe anything you want to do - you should follow the rules & regulations. Rules which mean you cannot voice up your brain intelligent to the maximum height. Rules which mean when you walk to your future career, corruption, money-bag cheating is everywhere. And at last i will stop this career due to the high-tension of this shit working environment..and not because of you cannot use your brain intelligent!

Here, i like to list a few of punk rock band that i think was an intelligent rock, and not the stupid mtv show glamour! I choose bad religion & propagandhi rather than greenday for overseas band. So, its mean billie joe is not my favourite musicians. Heheh. Greg Graffin and Chris Hannah, both from bad religion & propagandhi is the brain-intelligent punk that i choose. Eventhough propagandhi only release their science-stream song on their 6th album, i'm still choose them!

Far from my heart, i want all of you outside there really understand what i mean, punk rock music not about to teach you how to become a muslim, but a little teach me how to generate my brain. Not to be brilliant, but ideally give me some space to thinking what is the life mean. Not all the reality in-front of you become dreaming. At last, how much you read, how much you try to learn, you always believe there is only ONE that give you everything. That's the fact that i believe 100% from us still not realise.

Life is everything about experience.

Selamat malam!



Thursday, July 11, 2013

a journey to saudi arabia - Part 2

masa : 2300
hari   : Khamis / Julai 2013,11hb

Assalamualaikum & Selamat Petang!

Terasa janggal bila menulis tajuk dalam bahasa inggeris dan diisi dengan kandungan dalam bahasa malaysia. Tetapi dengan mp3 dari FSF, segala-segalanya terasa rock! Antara kumpulan-kumpulan besar yang semakin lenyap nama mereka dari senarai2 gig di kuala Lumpur. Sayang juga bila teringatkan kali terakhir berjumpa & menyaksikan persembahan mereka di One Cafe dahulu. Dengan haze sunshine haze,mahupun tolerate no more,memang menarik mereka ini.

Ok. Terus kepada sedikit pengalaman di arab saudi!

Setelah habis waktu di madinah dalam bahagian 1, mungkin aku sendiri sudah lupa apa yang terjadi di makkah. Haha. mungkin inilah yang dikatakan ramai orang, jangan suka menangguhkan kerja. Bila ditangguh segala-galanya akan berubah. tetapi aku sendiri akan cuba sebaik mungkin untuk mengeluarkan sedikit info semasa berada disana.

Jarak perjalanan dari madinah ke makkah adalah lebih kurang 430km. atau ianya boleh diukur dalam bentuk masa selama 6 ke 7 jam bergantung kepada keadaan trafik. pengangkutan utama adalah bas dan melalui lebuhraya 3lorong bagi sehala perjalanan. Bermaksud 6lorong jika dikira kedua-dua belah. Tidak mempunyai tol untuk dibayar seperti di negara yang rakyatnya selalu dipaksa untuk bersyukur. Damansara pergi puchong pun ada 2 tol RM1.60 untuk dibayar. Sebabnya? Mungkin ada RNR yang boleh diberi kepada pengguna jalan untuk berehat dan membuang air kecil.

Sepanjang perjalanan ke makkah, hanyalah terdapat padang pasir untuk dilihat dari tingkap bas. kebetulan kami bergerak pada waktu malam di hari ketiga. Hampir separuh perjalanan kami berhenti rehat di perhentian yang hampir sama seperti RNR di lebuhraya2 kita. Cuma masalah disini ialah, tandas dan surau yang terlalu kecil jumlahnya jika hendak dibandingkan dengan jumlah jemaah yang berhenti disini. Cuaca agak dingin. Jadi dengan ihram dibadan, memang agak sejuk la untuk berdiri lama disana. Sempat juga aku sekeluarga membeli nasi beryani untuk mengisi perut. Harganya 15Riyal dan boleh dimakan untuk 3orang kerana saiz hidangan itu sendiri yang terlalu besar bagi rakyat malaysia am nya.

Owh ya,sebelum bergerak dari madinah tadi, kami sudah berniat ihram di masjid Bir-Ali. Bir-Ali antara tempat berniat ihram yang paling popular di madinah. Masjid besar berwarna putih dapat dilihat jelas dari jalan utama menuju keluar dari madinah. Juga sempadan antara tanah haram & tanah halal.

Mungkin agak keliru untuk membezakan antara tanah haram & tanah halal bagi mereka yang tidak pernah ke tanah suci. Ada banyak pendapat disini untuk membezakan antara tanah haram & tanah halal. Bagi menjelaskan dengan lebih terperinci, mungkin perlukan seorang ahli agama ataupun ustaz yang begitu arif. Aku sendiri adalah seorang manusia yang jahil. Bagi pendapat aku sendiri, tanah haram itu sendiri adalah tempat dimana hanya seorang muslim sahaja yang boleh memijaknya, haram bagi mereka yang bukan beragama islam kerana dijaga kesuciannya, dijaga sempadanannya oleh para malaikat. Manakala bagi tanah halal, dibolehkan kepada sesiapa untuk memijaknya & memasukinya. Dijanjikan juga kepada kita umat nabi Muhammad S.A.W bahawa tanah haram ini juga akan menjadi tempat terakhir yang tidak boleh dimasuki Dajjal yang durjana untuk memusnahkannya. Begitu lah hebatnya mukjizat nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Bila sudah berniat ihram, kita harus menjaganya sehingga habis rukun umrah kita yang terakhir iaitu tahalul(Bercukur). Rukun umrah itu sendiri begitu cantik iaitu dimulakan dengan niat umrah dengan berihram, diikuti dengan tawaf(mengelilingi kaabah), disusuli dengan saie (berjalan ulang alik dari bukit safa ke bukit marwah) dan diakhiri dengan tahalul(Bercukur). Disertakan juga dengan tertib iaitu mengikut urutan. Sangat cantik.

Niat umrah mestilah dilakukan di sempadan tanah halal & tanah haram. Antara tempat yang popular ialah di Bir-Ali (Madinah) dan di Hudaibiyah. Di Hudaibiyah jangan terkejut kerana masjid disana masih lagi menggunakan air masin dari laut untuk berwuduk disebabkan sangat sukar untuk mendapatkan air terawat.

Setelah lebih kurang 7jam perjalanan dari madinah, kami tiba di makkah lebih kurang pukul 12malam waktu tempatan. Setelah masuk mendaftar di hotel penginapan, lebih kurang 300m dari masjidil haram, kami bersiap untuk mengerjakan & menyelesaikan umrah yang pertama kami. Secara rombongan,kami berjalan ke masjidil haram atau Al-Haram dalam bahasa tempatan, lebih kurang 10minit berjalan kaki ke masjidil haram. Dalam waktu 10minit itu sendiri, aku begitu terpaku oleh perasaan yang betul2 sayu & merendah diri untuk menjejakkan kaki di masjidil haram. Jika selama ini aku hanya melihat jam hijau besar di menara,mahupun pintu besar utama di masjidil haram hanya di dalam gambar, sekarang segala-galanya ada di sekeliling aku - di depan mata aku sendiri. MasyaAllah. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Pintu besar utama aku dahului, atau lebih dikenali dengan pintu 1 (Pintu King abdul Aziz), betul2 berhadapan dengan menara jam hijau besar. Kami terus berjalan melalui Pintu 1 dan menuruni anak tangga sebelum melihat Kaabah yang tersergam indah di depan mata buat pertama kali seumur hidup aku. Terlalu indah. Perasaannya. Keadaannya. Suasananya. Segala-galanya.

Kami berhenti sekejap untuk bersolat sunat, sujud bersyukur atas kebesarannya betul2 di hadapan Kaabah. Selesai bersolat sunat, kami menjamah air zam2 sebelum memulakan tawaf. Lokasi kaabah betul2 di tengah2 masjidil haram. Jika di ukur dari segi kejuruteraan, kedudukan Kaabah adalah sedikit rendah dari lantai GF masjidil haram, jadi ianya sangat indah untuk ditatapi seperti anda melihat pemain menendang bola di stadium sedangkan anda duduk di kerusi yang lebih tinggi dari padang. Lantai disekeliling kaabah adalah jubin sepenuhnya, berwarna putih berkilau. Jadi anda akan berjalan di lantai jubin sebanyak 7pusingan untuk bertawaf. Dimulakan dengan niat, aku memegang erat tangan ibuku agar tidak hilang dilanggar manusia yang sangat ramai disitu. Tawaf dimulakan di lampu hijau, atau berhadapan dengan kedudukan hajaral aswad dan hijir ismail.

Ok. Bersambung di bahagian 3 lah. Rasa macam boleh tulis habis, tetapi macam dah terlalu panjang pula.haha.


P/S - Sangat kelakar bila bersembang dengan mike dari marjinal sambil mendendangkan lagu anak kampung dari jimmy palikat & one nation emcee. Tak sangka juga mike pandai bermain muzik tradisional kerana dia sendiri ada darah kalimantan.haha.